Selasa, 18 April 2017

Learning of Soft Skills

 I believe these 10 soft skills help students be effective in college and careers: 
  • Analytical Thinkers: They think about the parts and pieces of the whole.
  • Critical Thinkers: They think about effectiveness and validity.
  • Problem Solvers: They creatively find solutions.
  • Inquisitive Thinkers: They are intensely curious.
  • Opportunistic Thinkers: They take advantage of new learning opportunities.
  • Flexible Thinkers: They are resilient enough to cope with delayed success and ambiguity.
  • Open-minded Thinkers: They learn from multiple sources, even critical feedback.
  • Teachable Thinkers: They have a learning mindset.
  • Risk-taking Thinkers: They are open to possible failure.
  • Expressive Thinkers: They communicate effectively in spoken and written forms.

Isnin, 27 Mac 2017

GAYA PEMIKIR REALIS

orang yang berfikir gaya realis bergerak pantas berdasarkan kebenaran yang mampu dirasai melalui deria mereka

sekiranya mereka melihat anda sebagai pakar yang berkelayakan , mereka akan mempercayai cadangan anda

gaya ini dipraktikkan oleh pakar perundangan , polis, tentera dan perisik.

TINGKAH LAKU


  1. Melihat dunia realiti berdasarkan lima deria iaitu penglihatan, pendengaran, bauan, sentuhan dan rasa
  2. tidak bergantung pada maklumat daripada media
  3. menumpukan apa yang dilihat secara fizikal dan suka mencari fakta sendiri
  4. suka menulis laporan yang ringkas padat dan tepat
  5. suka mencari apa yang salah dan fokus memperbaikinya
  6. suka mendapat kata sepakat daripada semua orang dalam kumpulan yang sama

GAYA PEMIKIR PENGANALISIS

gaya pemikir seterusnya ialah PENGANALISIS

Orang ini mengutamakan KETEPATAN dan memberikan perhatian kepada KESEMPURNAAN

Suka mengumpulkan DATA , mengukur , mengkategori, dan mencari jawapan yang betul untuk mana mana masalah yang dihadapi

untuk berhubung dengan mereka anda perlu menyediakan pelan yang logik serta disokong oleh data dan spesifikasi

Biasanya terdapat pada PAKAR PERUBATAN , SAINTIS dan PENYELIDIK

TINGKAH LAKU 



  1. Sentiasa mencari sesuatu untuk di RAMAL
  2. sentiasa bimbang jika sesuatu rancangan yang dirangka telah gagal
  3. berfikir secara saintifik untuk mendapatkan keputusan yang dikehendaki
  4. merancang dengan teliti
  5. percaya bahawa dengan adanya maklumat dan kajian yang cukup, setiap masalah dapat diselesaikan.

Rabu, 15 Mac 2017

GAYA BERFIKIR PRAGMATIK

orang yang berfikir Pragmatik bersifat FLEKSIBEL

sangat PINTAR dan mencari ganjaran serta merta

Untuk berhubung dengan mereka ada perlu menekankan objektif jangka pendek

TINGKAH LAKU PRAGMATIK


  • Melibatkan amalan amalan PRAKTIKAL
  • Menangani masalah secara REALISTIK dan LOGIK
  • cenderung melakukan UJIKAJI
  • Semasa melakukan tugas suka memberikan penerangan tentang STRATEGI dan TAKTIK
  • berkemahiran melakukan beberapa pekerjaan dalam masa yang sama
  • belajar melalui PENGALAMAN

Selasa, 14 Mac 2017

GAYA BERFIKIR IDEALIS

oarng begini percaya dengan matlamat yang tinggi dan berpiawai

anda perlu mengaitkan apa yang anda mahu dengan matlamat, kualiti dan perkhidmatan

TINGKAHLAKU


  • sentiasa bersikap RESEPTIF iaitu menerima dan mengambil pandangan yang lebih luas apabila berhadapan dengan sesuatu perkara
  • suka bertanya apabila mengahadapi sebarang kemusykilan
  • mementingkan aspek moral dan selalu bertanya diri tentang apa yang dilakukan
  • setiap masalah boleh dihadapi jika mendapat persetujuan bersama
  • bersifat menyokong
  • suka menetapkan matlamat yang besar dan jangka panjang


Ahad, 12 Mac 2017

GAYA PEMIKIRAN SINTESIS

seorang yang berfikiran SINTESIS adalah sangat KREATIF melihat dunia dari segi yang berTENTANGAN.

untuk berhubung dengan orang yang begini anda perlu MENDENGAR SERTA MENGHARGAI SPEKULASI DAN PENDAPAT mereka.

jangan terkeliru dengan sifat mereka yang suka berhujjah

bagi seorang guru untuk berdepan dengan pelajar yang memiliki gaya pemikiran sintesis hendaklah BERSABAR dan MENDENGAR keluhan mereka.


Assalamualaikum semua

alam luas ciptaan tuhan,
Buat khalifah memakmur bumi,
akal jelas kurniaan Tuhan,
betul fikirnya membuahkan budi.

ada beberapa sebab kita mesti memiliki gaya fikir yang betul.
1. berusaha untuk memahami sebelum difahami
2. berusaha memupuk hubungan yang baik
3. tahu cara mengelak daripada pertelingkahan
4. tahu memakai topi pemikiran yang berbeza

menurut Robert Bramson (2012) terdapat lima gaya pemikiran :
1. Gaya Pemikiran Sintesis
2. Gaya Pemikiran idealis
3. Gaya Pemikiran Pragmatis
4. Gaya Pemikiran Penganalisis
5. Gaya Pemikiran Realis